2010年4月7日星期三

LATAR BELAKANG SEKOLAH SJK (C) SAM TET, IPOH

LATAR BELAKANG SEKOLAH SJK (C) SAM TET, IPOH

Tahun 1934

SJK (C) Sam Tet memulakan persekolahan di Pusat Romen Katolik dengan adanya usaha gigih Rev. Fr. J. S. Fourgs daripada Majlis Pengelola Gereja Mazhab Katolik En.Chong Choon dan Dr. Lip Seng Chiew memegang jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah masing-masing manakala Rev. Fr. J. S. Fourgsmenjadi penyelia tetap sekolah. Guru Besar yang pertama ialah En. Wong Chin Sun. Pada masa itu, terdapat 3 orang guru dan murid-murid seramai 64 orang. Hanya duakelas diadakan.


Tahun 1935


Dua buah bilik darjah baru dibina di tapak sebelah kanan bangunan sekolah yang sedia ada.


Tahun 1936

En. Phong Tet Ching menyandang jawatan Guru Besar. Bilangan murid telah bertambah hingga ke kira-kira 160 orang. Empat kelas telah diadakan. Pada pertengahan tahun itu,pengasas Sam Tet iaitu Rev. Fr. J. S. Fourgs meninggal dunia Rev. J. P. Francoismenggantikannya sebagai penyelia sekolah.


Tahun 1940

Lembaga Pengurus Sekolah membuat kutipan derma untuk menambahkan lagi sebuah bangunan sekolah yang bakal mempunyai enam buah bilik darjah. Bagaimanapun projek pembinaan itu tergendala dan terpaksa ditundakan ke bulan Julai pada tahun 1941 akibat Perang Dunia Kedua. Projek pembangunan yang separuh siap itu dihentikan disebabkan pendudukan tentera Jepun di Malaya. Setelah Malaya dibebaskan daripada belenggu musuh, En. Phong Tet Ching telah memanggil semula kesemua guru asal bagi meneruskan pengajaran di Sam Tet. Pada 28-10-1945', kelas--kelas pengajaran dimulakan semula.


Tahun 1947

En. Leong Yee Ko dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah. Dalam tahun itu juga, bangunan sekolah baru yang siap digunakan. Bilangan murid semakin hari semakin bertambah.


Tahun 1951

Eh. Phong Tet Ching meletak jawatan sebagai Guru Besar. Tugas beliau diambil alih dan mula dikelolakan oleh Marist Brothers. Pada 1952, pihak sekolah mula menerima pelajar-pelajar Tingkatan satu dan dua kelas telah diadakan. Ekorannya, bahagian sekolah menengah ditubuhkan secara rasminya. Rev. Bro. Jean Joseph Wong menjadi Guru Besar yang pertama dan beliau bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran kedua-dua bahagian sekolah menengah dan rendah.



Tahun 1953

Keenam-enam buah bilik darjah bangunan sekolah yang baru digunakan oleh sekolah menengah manakala Pusat Roman Katolik pula dijadikan bilik darjah sekolah rendah.

Rev. Bro. Jean Joseph Wong dan Rev. Bro. Channel Soon masing-masingnyamemegang jawatan Guru Besar Sekolah menengah dan sekolah rendah. Pada ketikaitu, dua buah bilik darjah ditambahkan lagi lagi bahagian sekolah menengah.



Tahun 1954

Rev. Bro. P. Daniel menjadi Guru Besar sekolah rendah hingga ke hujung tahun 1955.


Tahun 1956

Rev. Bro.-P. Daniel telah ditukarkan oleh Marist Brothers ke Bukit Mertajam untukmenjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Kim Sen pada hujung tahun 1955. Tugas beliaudiambii alih oleh Rev. Bro. Francis Siao yang menjalankan tugasnya sehingga ke akhirtahun 1958.


Tahun 1958

Lembaga Pengurus Sekolah telah melantik guru veteran iaitu En. Chin Ming Fook sebagai Penolong Kahan untuk membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.


Tahun 1959

Rev. Bro. Francis Siao meninggalkan Marist Brothers dan tugasnya diambil alih oleh Rev. Bro. Cleophas Wang. Dalam tahun ini, kerajaan telah mengadakan 'Gerakan Obor" tetapi sambutan murid-murid baru yang datang membuat pendaftaran di Sekolah Sam Tet tidak begitu menggalakkan. Pada masa itu, bilangan guru termasuk Guru Besar ialah 8 orang dan jumlah murid hanya 200 orang sahaja. Namun begitu, dengan kerjasama, kegigihan dan kesungguhan pihak guru dalam pengajaran, Sekolah Sam Tet telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Awam Darjah Enam dengan kelulusan 100% (seratus peratus) dad tahun 1959 hingga 1962. Pada masa itu, bilangan murid di sekolah-sekolah Cina rata-ratanya berkurang. Bagaimanapun, dengan adanya sokongan daripada masyarakat tempatam bilangan murid di sekolah ini bertambah dad setahun ke setahun semenjak tahun 1961.


Tahun 1963

Pada ketika itu bangunan sekolah hanya mempunyai enam buah bilik darjah sahaja.Sebuah bangsal basikal diubahsuaikan menjadi bilik darjah. Ini menjadikan jumlahnya tujuh buah bilik darjah. Keadaan bilik darjah adalah sempit dan tidak menepati piawaian. lanya tidak dapat menampungi bilangan murid yang semakin bertambah. Oleh itu, Lembaga Pengurus Sekolah bercadang membina sebuah bangunan sekolah riga tingkat dengan sembilan buah bilik darjah dan projek ini memakan perbelanjaan lebih kurang $70,000.

Kutipan wang bagi projek pembinaan ini tidak mudah diperolehi. Mujurnya dengan adanya sokongan kuat serta inisiatif dariapda orang kenamaan Eh. Chung Hoi Pin, maka kutipan derma untuk tabung pembinaan telah dilancarkan. Selain daripada En. Chung Hoi Pin, ahli Lembaga Pengurus Sekolah iaitu En. Ferng Chow Ran, Guru Besar, guru-guru, murid-murid tua dan lain-lain telah berusaha meminta derma daripada orang ramai.

Pada bulan Oktober, pihak sekolah juga telah menyurat kepada semua persatuan dan pertubuhan bagi meminta sumbangan tabung pembinaa sekolah. Sambutannya adalah sangat baik. Pada 21hb. Disember, Persatuan Chin Woo, Koir Yin Chin dan Persatuan Palang Merah Cawangan 16 Perak telah bersama-sama mengadakan satu pertunjukan amal kutipan derma bagi Tabung Pembinaan sekolah. Persatuan Murid-murid Tua Sam Tet membantu menguruskan jualan tiket. Ahli Lembaga Pengurus Sekolah, Dato' Chong Kok Lim JP menjadi Pengerusi Majlis pertunjukan amal ini.

Mendiang Dato' Seri Lau Pak Khuan pula diberi tugas menggunting pita perasmian. Pertunjukan kutipan derma ini dijalankan dengan jayanya.



Tahun 1964

Lembaga Pengurus Sekolah bagi pertama kalinya mengadakan pesta ria pada 2hb.Februari. Serentak itu, tiket Ioteri telah dikeluarkan. Cabutan Ioteri telah dilakukan oleh isteri Dr. Seng Chiew di gelanggang bola keranjang secara terbuka pada 29hb. Februari.Bilangan orang yang hadir adalah ramai dan suasana adalah meriah.Wang sejumlah $10,000 telah dikutipkan dadpada pesta da dan jualan Ioted itu. Pendermaan wang daripada Eh. Chung Hoi Pin, rakan taulan serta masyarakat umum juga berjumlah $10,000. Ditambahkan pula bantuan modal daripada pihak kerajaan yang bemilai $4,500 dalam tahun 1962, jumlah wang yang berjaya diperolehi ialah kira-kira $30,000. Jumlah ini adalah mencukupi untuk lebih kurang setengah dadpada anggaran perbelanjaan projek pembinaan. Lantaran itu, kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dalam bulan Mei dan siap pada hujung bulan November.


Tahun 1965

Bangunan sekolah baru mula digunakan pada awal tahun bedkutnya. Untuk menjelaskan setengah lagi perbelanjaan pembinaan, maka ahli Lembaga Pengurus Sekolah, Dato'Chong kok Lira JP telah mengadakan satu sidang akhbar untuk menyeru para penderma.supaya memberi sumbangan dengan murah hati. Ahli Lembaga Pengurus Sekolah, Eh Cheng Nan juga telah meminta rakan-rakannya berbuat demikian. Pada pertengahantahun, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat En. Lee Siok Yew melawat ke sekolah dan telah memperuntukkan bantuan modal sebanyak $20,000 kepada pihak sekolah. Maka, segala hutang dalam projek pembinaan itu mampu dibereskan.


Tahun 1966

Pada l hb. Mei, Rev. Bro. Cleophas Wang telah ditukarkan ke Sekolah Rendah Kim Sendi Bukit Mertajam. Jawatan Guru Besar diambil alih semula oleh Guru Besar Sekolah Rendah Kim Sen iaitu Rev. Bro. P. Daniel. Disebabkan bilangan mudd yang semakin bertambah untuk menampung lebih ramai mudd lagi, Rev. Bro. P. Daniel telah bercadang bahawa Lembaga Pengurus Sekolah menyurat kepada Jabatan Pendidikan bagi mendapatkan kebenaran untuk mengutip yuran bulanan daripada ibu bapa-ibu bapa murid-murid bagi tabung bangunan sekolah.Kutipan yuran bulanan untuk Tabung Bangunan Sekolah ini pada ahkikatnya merupakan sumber kewangan utama untuk projek pembinaan sekolah fasa kedua ini. Di samping itu, Rev. Bro. P. Daniel juga bertungkus-lumus menggalakkan kempen kutipan derma dan meminta jasa balk serta kerjasama daripada semua pihak terhadap kempen ini.


Tahun 1967

Pada 1-1-1967, Encik Chin Ming Fook telah diluluskan dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai Penolong Kahan di sekolah ini.

Pada 18bb. dan 19hb. Februad serta 18bb. dan 19hb. Mei, 1968, pihak sekolah sekali lagi mengadakan pesta da. Melalui daya usaha yang gigih Rev. Bro. P. Daniel, Tabung bangunan sekolah telah mencapai nilai wang kira-kira $100,000. Akibatnya, projek pembinaan sekolah fasa kedua telah dimulakan pada bulan Apdl tahun 1968. Pada bulan Mac tahun tersebut, kerajaan sekali lagi memperuntukkan bantuan modal sebanyak $15,000.Projek pembinaan fasa ini adalah menyambungkan bangunan sekolah fasa pertama disebelah kanannya. Banguann ini bertingkat empat. Setiap tingkat mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah tandas dan sebuah kantin juga dibina di bawah bangunan ini. Perbelanjaan keseluruhannya berjumlah lebih kurang $135,000. Kesemua kerja pembinaan disiapkan pada penghujung tahun itu.














Tahun 1969

Projek pembangunan sekolah telah dua kali dilaksanakan memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah, tetapi bilik-bilik darjah yang sedia ada masih tidak dapat menampung keperluan. Jesteru itu, Guru Besar terpaksa melancarkan projek pembangunan sekolah kali yang ketiga. Maka, pada 1hb dan 2hb Mac, jualan tiket dan pesta ria telah diadakan. Dengan adanya semangat mencintai sekolah ini dan usaha sama semua pihak, kutipan wanga sebanyak RM30,000.00 telah ebrjaya diperolehi dalam tempoh yang begitu singkat. Dalam bulan April kerjaan sekali lagi meluluskan permohonan untuk bantuan murid modal yang bernilai RM30,000.00. Pada masa yang sama juga, kerja-kerja seperti pelukisan pelan dan tender telah dilancarkan dengan licinnya. Ekoran daripada itu, bangunan sekolah lama yang berada di aras pertama. Di sebelah kirinya ia mengandungiempat buah bilik darjah, dua buah bilik guru, sebuah pejabat Guru Besar, sebuat pejabat Am dan sebuah bilik pandang dengar. Projek ini menelan perbelanjaan yang lebih kurang RM60,000.00.

Setakat itu, kesemua bangunan sekolah ini adalah bangunan-bangunan lain. Bangunan sekolah lama sudah tidak wujud lagi.


Tahun 1971

Demi meraikan siapnya pembinaan bangunan sekolah fasa ketiga, suatu upacara sekolah fasa ketiga, suatu upacara perasmian telah diadakan pada 6hb Jun. DYAM Raja Di Hilir Perak telah berangkat merasmikan upacara ini. Selain daripada Bishop of Penang, Most Reverend Gregory Yong Sooi Nghean, DD dan ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah, yang turut hadir ialah orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran, ibubapa-ibubapa, guru-guru dan murid-murid sekelian. Jumlah orang yang hadir tidak kurang daripada seribu orang. Ini menyebabkan suasana cukup meriah. Pada malam itu dan malam berikutnya, suatu pertunjukan anekaragam telah dianjurkan bersama-sama oleh kedua-dua pihak sekolah menengah dan rendah di dewan besar sekolah menengah. Pada malam yang pertama, Tan Sri Dato’ Chong Kok Lim JP melakukan upacara perasmian manakala pada malam keduanya, ahli Lempaba Pengurus Sekolah iaitu En Yeoh Kim Tian JP, menyampaikan ucapan terima kasih. Dalam kedua-dua malam tersebut, dewan sekolah penuh sesak oleh ara hadirin dan sambutannya amat baik.




Tahun 1974

Pihak sekolah telah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menurut arahan Jabatan Pelajaran. Ia bertujuan membantu pihak sekolah menguruskan hal ehwal kebajikan murid serta berperanan mendorong pembangunan dan kemjuan sekolah. En Leong Ken Wah telah dilantik sebagai pengerusi PIBG yang pertama.


Tahun 1976

En Chong Chin Shoong JP dilantik sebagai pengerusi PIBG yang kedua.


Tahun 1978

Projek perkembangan dan pembangunan sekolah untuk fasa keempat telah dilancarkan dalam bulan Mac 1978. Bangunan sekolah ini mempunyai empat tingkat dan dihubungkan kepada bangunan sekolah fasa kedua. Tingkat terbawah terdiri daripada dua buah bilik darjah, sebuah tandas dan sebuah kantin. Tiga tingkat yang lain setiap satunya mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah tandas dan sebuah dewan besar (yakni bilik pendidikan seni, makmal sains dan perpustakaan). Perbelanjaan untuk pembinaan dan segala peralatan serta kemudahan memakan perbelanjaan sebanyak RM400,000.00.


Tahun 1979
Projek pembinaan bangunan sekolah fasa keempat disiap pada bulan Mei Tahun 1979. Melalui daya usaha Rev. Bro. P Daniel serta kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak, jumlah perbelanjaan yang besar dapat dibereskan. Bangunan sekolah yang tersergam indah telahpun dibuka secara rasminya oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Dato’ Chan Siang San pada 3hb Ogos. Ramai dermawan juga dijemput untuk menggunting pita perasmian. Kemeriahan suasana sememangnya tiada tolok bandingannya.



Tahun 1980


En Chan Swee Chin mengambil alih tugas sebagai Pengerusi PIBG.


Tahun 1981

Penolong Kanan En Chin Ming Fook bersara pada 20.11.1981. Kekosongan itu ditanggung kerja sementara oleh Pn Yip Sow Yeut. En Chin telah berkhidmat di sekolah ini selama 34 tahun. Beliau adalah seorang peramah yang tekun, usaha berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan semangat. Dengan itu, beliau sangat dihormati dan dikasihi oleh rakan-rakan sejawat serta murid-murid.


Tahun 1982

Pada 1hb September 1982, Jabatan Pelajaran Negeri melantik En Chan Chow Yong sebagai Penolong Kanan sekolah ini. Pada tahun ini, sebuah klinik pergigian telah didirikan di sekolah ini. Pihak kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk mejaga kesihatan gigi murid-murid.



Tahun 1983

En Lim Kok Cheong JP dilantik sebagai pengerusi PIBG.



Tahun 1986

Rev Bro P. Daniel disebabkan keuzuran badan tidak dapat menguruskan pentadbiran sekolah dan En Chan Chow Yong memangku jawatan Guru Besar, En Chong Yet Yoong menjadi pengerusi PIBG.



Tahun 1987

Pada 31.12.1986, Rev. Bro P. Daniel terpaksa bersara akibat keuzuran. Sebagai seorang pendidik handalan yang arif, bijaksana dan bermesra dengan segenap lapisan masyarakat, sumbangan serta jasanya terhadap sekolah khususnya dari segi pembangunan amatlah disanjungi, maka beliau patut digelar sebagai “Bapa Pembangunan Sekolah Rendah Sam Tet”. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, salain daripada fasa pembangunan sekola pertama (bangunan sekolah bertingkat tiga yang mempunyai sembilan buah bilik darjah) segala bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah ini adalah hasil daripada rancangan rapi Rev. Bro. P. Daniel menerusi daya usaha serta kerjasama dan sokongan pihak Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan sokongan pihak Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan para penaja, tahun demi tahun untuk mendirikannya. Pada 1.1.1987, marist Broghers telah melantik Rev. Bro John Heng sebagai Guru Besar. Pada 1hb April, Penolong Kanan En Chan Chow Yong diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri ke SRJK ( C) Khantan Baru, Chemor, sebagai Guru Besar. Sebagai seorang pemimpin yang rajin, bertanggungjawab dan bijaksana, En Chan telah membuat banyak sumbangan kepada sekolah ini. Kekosongan jawatan itu ditanggung kerja oleh En Lee Hon Wah. Di bawah pimpinan En Than Lai Sung, PIBG bercadang untuk mengadakan kutipan derma untuk membina melindungi gelanggang bola keranjang yang sedia dengan bumbung di samping proses melukis pelan projek tersebut dimulakan. Pada 16hb November, Jabatan Pelajaran Negeri melantik En Yeow Kai Hee dan En John Lai Chen Khiu sebagai Penolong Kanan I dan II sekolah ini. Pihak sekolah pula melantik En Chan Kam Weng sebagai Penyelia Petang Sekolah.



Tahun 1988

Pada 28.2.1988, Rev. Bro John Heng telah ditukarkan oleh Marist Brothers ke Sekolah Menengah Katolik di Petaling Jaya, Selangor sebagai Pengetua. Maka Jabatan Pelajaran Negeritelah melantik En Yeow Kai Hee memangku jawatan Guru Besar. Pada 26.6.1988, di bawah kepimpinan Pengerusi PIBG, En Than Lai Sung dan kerjasama semua pihak , sekolah telah berjaya melancarkan Kempen Walkaton Sam Tet. Usaha ini telah berjaya mendatangkan derma sejumlah RM70,000.00. Maka, kerja-kerja pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang dimulakan semasa cuti akhir tahun.


Tahun 1989

Pada 1.4.1989, Kementerian Pelajaran melantik En Beh Lai Hoe menjadi Guru Besar sekolah ini. Demi memenuhi keperluan zaman dan menyelaraskan dengan Dasar Kementerian Pelajaran , maka penyusunan semula Pusat Sumber merupakan tugas utama sekolah in. Dengan adanya sokongan kewangan daripada pihak PIBG serta para dermawan yang murah hati, maka Bilik Pendidikan Seni, Makmal Sains dan Perpustakaan yang sedia ada telah diubahsuaikan serta digabungkan menjadi Perpustakaan, Bilik Alat Bantuan Mengajar, Bilik Pendidikan Komputer, Makmal Bahasa, Bilik Pandang Dengar, Bilik Kebudayaan, Bilik Gerakan, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Ping Pong dan Bilik Muzik. Untuk mengenangkan jasa baik serta bakti Rev Bro P. Daniel, Pusat Sumber Sekolah ini dinamakan “Pusat Sumber Rev. Bro. P Daniel”. Melalui langkah ini, segala ruangan sekolah ini dapat digunakan serta dimanfaatkan sepenuhnya. Penggunaan kemudahan-kemudahan ini dalam proses pengajaran serta pembelajaran dari segi pengurusan adalah lebih praktikal dan senang. Di samping itu, pihak sekolah telah berikhtiar untuk mengindahkan sekolah menerusi penanaman pokok-pokok dan bunga-bunga, membuat mural yang sesungguhnya salah satu daripada rancangan-rancangan dalam Perlaksanaan Projek Lima Tahun Kedua.

Pada 16hb Mei, Jabatan Pelajaran Negeri telah melantik Pn Ng Choon Kim sebagai Penyelia Petang dan En Lam Ah Peng untuk menyandang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah.



Tahun 1990

PIBG telah mengadakan kelas tambahan (bimbingan bahasa) untuk murid-murid tahun 5 & 6. Pihak sekolah bersama-sama dengan Syarikat Practical Computer Centre telah menganjurkan kursus pendidikan komputer di Bilik Pendidikan Komputer sekolah untuk memudahkan murid-murid mempelajari selok-belok tentang komputer. Di bawah Perlaksanaan Projek Lima Tahun Kedua, pihak sekolah telah berusaha mengindahkan persekitaran sekolah. Dengan daya usaha Penolong Kanan Pn Ng Choon Kim, sebuah’Taman Batu-Batuan” (Rock Garden) dibina hasil daripada sumbangan seorang pemurah hati. Ia dinamakan Taman Pembinaan Akhlak. Tulisan nama taman ini adalah ditulis oleh En Sim Moh Wu, Pengerusi Persatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Cina dengan murah hati. Sejajar dengan itu, pendidikan moral dititik beratkan.

Selain daripada itu, Bilik Pendidikan Jasmani telah diperluaskan dan ditambahkan dua buah bilik salinan pakaian/bilik mandi di malamnya.Sehingga kini, bangunan sekolah ini telah mempunyai kemudahan-kemudahan seperti berikut :

a)Tiga puluh satu buah bilik darjah
b)Pejabat Guru Besar dan Penolong Kanan
c)Pejabat Am
d)Bilik Guru
e)Bilik Mesyuarat / Bilik Tetamu
f)Bilik Cetak
g)Bilik SPBT
h)Bilik Kaunseling / Bimbingan
i)Bilik Agama
j)Bilik Sembahyang
k)Bilik Pergigian
l)Bilik Pendidikan Jasmani
m)Bilik Pengakap
n)Bilik Pengawas Murid
o)Bilik Persatuan Bulan Sabit Merah
p)Kedai Buku
q)Kantin
r)Gelanggang bola keranjang berbumbung
s)Dua buah bilik muzik
t)Bilik serba guna ( Bilik Pendidikan Seni , Bilik Ping Pong , Bilik Gerakan
u)Pusat Sumber “A”- Tingkat 1 , Bilik Rakaman , Perpustakaan , Bilik ABM
v)Pusat Sumber “B” – Tingkat 2 , Makmal Bahasa , Bilik Pendidikan Komputer ,



Tahun 1991

Encik Yap Booi Lek telah dilantik sebagai YDP PIBG. Dengan sokongan sepenuhnya daripada pihak PIBG , Ibu-bapa- Ibubapa , Ahli-Ahli Lembaga Pengurus Sekolah , Persatuan Murid-Murid Tua, guru-guru serta pemurah , sekolah ini telah mengadakan “ Jogathon Sam Tet” kali kedua dan berjaya mengutip wang sebanyak 260,000-00 pada 8.9.91. Jumlah kutipan derma itu diperuntukkan untuk menambahkan lagi pelbagai peralatan dan kemudahan di Pusat Sumber seperti alat dengan Makmal Bahasa , pelbagai perabot , televisyen berwarna , video , projektor slaid , radio perakam, projektor gambar dan sebagainya. Pihak Perpustakaan sekolah telah bertukar berpuluh-puluh ribu buah buku tulisan lama kepada buku berbentuk tulisan baru. ( Han Yu Pin Yin ) Bilik Kebudayaan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Salah satu rancangan ialah menubuhkan sepasukan pancaragam muzik tradisi Cina.

Sekolah ini mempunyai tiga buah bilik darjah tambahan. Sebuah dijadikan Bilik Kemahiran Hidup dan dua lagi digunakan sebagai Bilik Pendidikan Komputer . Bilik komputer yang sedia ada digunakan sebagai bilik tayangan.



Tahun 1992

Pada 29.1.92 Guru Veteran sekolah ini Encik Chan Kam Weng tiba-tiba meninggal dunia kerana sakit jantung. Mendiang adalah seorang guru yang pemurah , rajin bekerja dengan penuh semangat dan dihormati oleh semua rakan dan murid. Kematian beliau merugikan pihak sekolah.

Pada 15.2.1992 , Penolong Kanan 2 , Encik John Lai Chen Khiu telah bersara. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi , bertanggungjawa , sumbangan beliau tidak akan dilupa oleh pihak sekolah.



Tahun 1993

Dr. Ooi Tian Su dipilih semula memegang jawatan YDP PIBG. Beliau banyak menyumbang sehingga dapat meningkatkan lagi prestasi akademik serta ko-kurikulum sekolah ke tahap yang membanggakan.

Pada 16.Jan. 1993 Penolong Kanan 1 Encik Yeow Kai Hee telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar SJK (C) Hing Hwa , Tambun. Kekosongan PK 1 disandang oleh Penyelia petang Pn. Ng Choon Kim manakala Encik Lam Ah Peng dan En. Yap Hang Chun memangku jawatan Penolong Kanan 2 dan Penyelia Petang.

Di bawah perancangan teliti , Cik Wu Yu Chin dan ahlijawatankuasanya serta kerjasama SyarikatState Electronic Trading , Tertubuh Pusat Perancangan kendiri (SALC). Pusat ini telah banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.

Kira-kira 20 orang seniman telah mendermakan karya-karya mereka demi menyerikan Bilik Budaya yang baru didirikan.

Pada 2.10.1993 Timbalan pengarah Pelajaran Perak En. Haji Ahmad Tajuddin telah dijemput merasmikan Pusat Sumber Rev. Brother P.Danie. Sempena hari itu pihak sekolah telah mengadakan pameran kraftangan murid-murid.

Guru Besar Encik Beh Lai Hoe telah bersara pada 9.Oktober 1993. Pn. Ng Choon Kim memangku jawatan Guru Besar.

Pada 29.1.92 Guru Veteran sekolah ini Encik Chan Kam Weng tiba-tiba meninggal dunia kerana sakit jantung. Mendiang adalah seorang guru yang pemurah , rajin bekerja dengan penuh semangat dan dihormati oleh semua rakan dan murid. Kematian beliau merugikan pihak sekolah.

Pada 15.2.1992 , Penolong Kanan 2 , Encik John Lai Chen Khiu telah bersara. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi , bertanggungjawa , sumbangan beliau tidak akan dilupa oleh pihak sekolah.



Tahun 1993

Dr. Ooi Tian Su dipilih semula memegang jawatan YDP PIBG. Beliau banyak menyumbang sehingga dapat meningkatkan lagi prestasi akademik serta ko-kurikulum sekolah ke tahap yang membanggakan.

Pada 16.Jan. 1993 Penolong Kanan 1 Encik Yeow Kai Hee telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar SJK (C) Hing Hwa , Tambun. Kekosongan PK 1 disandang oleh Penyelia petang Pn. Ng Choon Kim manakala Encik Lam Ah Peng dan En. Yap Hang Chun memangku jawatan Penolong Kanan 2 dan Penyelia Petang.

Di bawah perancangan teliti , Cik Wu Yu Chin dan ahlijawatankuasanya serta kerjasama SyarikatState Electronic Trading , Tertubuh Pusat Perancangan kendiri (SALC). Pusat ini telah banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.

Kira-kira 20 orang seniman telah mendermakan karya-karya mereka demi menyerikan Bilik Budaya yang baru didirikan.

Pada 2.10.1993 Timbalan pengarah Pelajaran Perak En. Haji Ahmad Tajuddin telah dijemput merasmikan Pusat Sumber Rev. Brother P.Danie. Sempena hari itu pihak sekolah telah mengadakan pameran kraftangan murid-murid.

Guru Besar Encik Beh Lai Hoe telah bersara pada 9.Oktober 1993. Pn. Ng Choon Kim memangku jawatan Guru Besar.



Tahun 1994

Pada 1.2.1994 Encik Tai Kim Yee dilantik sebagai Guru Besar baru SJK (C) Sam Tet, Ipoh. Beliau telah membawa beberapa pembaharuan dan meningkatkan lagi prestasi murid-murid. Kelab Komputer telah membeli 48 buah komputer untuk kegunaan Kelas Kurikulum dan Kelas Komputer .

Encik Wong lok Hoi JP AMP telah dipilih sebagai YDP PIBG bagi sesi 1994 / 1995. Pada tahun ini Kelab Guru telah ditubuhkan. Pengerusi – Pn. Chaw Kam Fun , Setiausaha – Pn. Ng Lai Keng dan Bendahari – Encik Lee Hon Wah.

Peratusan UPSR meningkat 4.15% . Peratusan kelulusan keseluruhan matapelajaran mencapai 81.45 %. Pencapaian Kokurikulum : -
- Johan Keseluruhan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Negrei Perak
- Johan perseorang Pertandingan Matematik Olimpik Perak dan Naib Johan peringkan kebangsaan.

Pada 18.7.1993 “Bapa Pembangunan Sam Tet” Brother P.Daniel telah meninggal dunia. Sumbangan beliau terhadap sekolah ini akan setiasa dikenang buat selama-lamanya.


Tahun 1995

PIBG dibawah pimpinan Encik Tan Mung Lee telah berjaya mengadakan Jogathong Sam Tet kali ke 3 bertujuan untuk mengutip derma sebanyak RM 300 ribu .Kutipan itu bertujuan untuk memperbaiki suasana pembelajaran dan melengkapkan kemudahan-kemudahan sekolah. Para guru juga memberi sumbangan dari gaji mereka .Melalui Kelab guru berjaya memberi sumbangan sebanyak RN 10 ribu. Sebanyak RM 150 ribu. Telah digunakan untuk pendawaian letrik baru bangunan sekolah ini.

Keputusan UPSR – Keseluruhan 82.18 % dan 14 orang dapat 6A pihak sekolah juga mendapat kejayaan :

Johan Mengarang dalam 3 Bahasa Perak
Johan Pertangan Matematik Olimpik Perak
Johan Pertandingan Tenis Bergu Lelaki Kebangsaan


Tahun 1996

Pada awal tahun ini sebuah bilik darjah (30 buah ) telah dibekalkan alat tayangan lutsinar (OHP). Dengan adanya kemudahan ini telan banyak membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran harian.

Pada tahun ini juga, tertubuh sebuah makmal sains. Bilik Muzik juga dilengkapi dengan pelbagai alatan yang canggih seperti piano , eletrik , televisyen , perakam video dan sistem PA , disamping itu Pusat Sumber, Bilik Guru , Makmal Sains, Bilik Muzik telah dipasang “ Aircond”

Pihak sekolah telah menggunakan komputer untuk merekod keputusan pelajar , latarbelakang pelajar dan maklumat disiplin pelajar dari semasa ke semasa.

Pada bulan Mei , atas kerjasama Koperasi Guru-guru Malaysia , Makmal Matematik telah ditubuhkan. Perasmian dilaksanakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik ( Wakil Pengarah Pelajaran Perak ). Lebih daripada 150 orang Guru Besar dijemput hadir perasmian dan pameran berkenaan.

Atas bantuan PIBG ,pihak sekolah telah mengubah beberapa orang pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan murid-murid di kawasan sekolah.

En.Tai Kim Yee banyak menyumbang kepada sekolah dan beliau bersara pada 10.9.96.

En Lim Leong Seng telah dilantik sebagai Guru Besar SJK (C) Sam Tet, Ipoh berkuat kuasa mulai 16.10.1996 manakala En Lau Ki Lin dilantik sebagai penyelia petang mulai 16.11.1996. Encik Lee Kaw Chai memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan En Wai Yean Tho menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ialah Father Charles Chin.


Tahun 1997

Pada 15.11.1997 malam, PIBG SJK (C) Sam Tet, Ipoh mengadakan kempen kutipan derma menerusi tayangan wayang gambar di pawagam Hoover, Ipoh bertujuan mengisi tabung PIBG tersebut. Sejumlah RM105,000 telah berjaya dikutip.

Pada November 1997, En Wai Yean Tho telah ditukar dan dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar SJK (C) Aik Hua, Pasir Hitam, Taiping, Perak. Puan Chiew Poh Yoke telah dinaiikan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di sekolah yang sama mulai 16.12.1997.


Tahun 1998

Pada Jun 1998 sebanyak 50 buah komputer baru iaitu Pentium 200 mhz mmx telah dipasang bagi menggantikan system komputer yang lama. Syarikat yang berjaya dipilih ialah Megamate Computer Trading. Ia telah menelan perbelanjaan lebih kurang RM105,000 dan kesemua kos tersebut ditanggung oleh PIBG.

Pada tahun ini juga salah seorang Ajk PIBG sekolah ini bernama Encik Liow Yun Kheong bermurah hati menderma serta memasang 12 buah telefon dalaman untuk kegunaan sekolah secara percuma.

Pada 8.7.1998 kekosongan jawatan Penolong Kanan 1 wujud atas sebab En Lam Ah Peng telah bertukar dan dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar SJK (C) Papan, Ipoh. En Lai Ki Lin dilantik sebagai Penolong Kanan 1 manakala Pn Khoo Siew Ling dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Petang di sekolah yang sama.

Peratus kelulusan semua mata pelajaran UPST ialah 55.82%. Seramai 8 orang calong telah berjaya mendapat 7A. Dari aspek kokurikulum, sekolah ini muncul sebagai Johan dalam kejohanan Renang dn Polo Air MSSPK. Di samping itu, sekolah ini juga berjaya merebut Johan dlam Pertandingan Pertolongan Cemas & Kawad Kaki Peringkat Negeri.

Atas sebab kejayaan pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlan, Jabatan Pelajaran Negeri Perak sering memperkenalkan nama baik sekolah ini untuk kunjungan delegasi kebudayaan atau Pendidikan dari negeri asing. Pada bulan April 1998, Rombongan Bangladesh
dan institusi-institusi pendidikan lain telah membuat tinjauan di samping saling bertukar-tukar pendapat tentang hal-hal pendidikan.

Berikutan ini ialah kunjungan pasukan Gimnastik dari negeri China. Kesemua ahlinya ialah kanak-kanak sekolah rendah. Mereka mengadakan persembahan untuk tatapan para penonton. Kemahiran mereka dalam menunjukkan gerak geri tubuh badan masing-masing cukup menarik hati.


Tahun 1999

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Father Charles Chin telah ditukar keluar dan Father Paul Chin mengambil alih tempatnya.

Tembok sepanjang kira-kira 150 kaki yang terletak di dalam kawasan sekolah runtuh akibat hujan lebat dan ribut petir. PIBG Sekolah bertanggungjawab sepenuhnya dalam usaha membina semula tembok tersebut demi keselamatan dan kepentingan semua guru dan murid-murid. Kos pembinaan semula tembok ialah RM35,000.00 PIBG membiayai RM32,000.00 manakala persatuan murid-murid Tua membiayai RM3,000.00. Syarikat Chee Leong Construction & Engeering Sdn.Bhd. berjaya mendapatkan tendernya.

Peratus keseluruhan semua mata pelajaran UPSR terus meningkat ke 58.30%. Bilangan calon mendapat 7A mwningkat secara ketara iaitu sebanyak 25 orang.

Pada tahun ini juga pihak sekolah telah memperolehi satu pengiktirafan yang amat membanggakan iaitu Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Terbaik peringkat Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Terdapat pula satu rombongan pelawat termasuk delegasi kebudayaan dan pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pendidikan Vietnam telah mengadakan lawatan sosial ke sekolah ini.

Satu perjumpaan dan sesi dialog secara dua hala telah di adakan dengan tujuan saling bertukar-tukar fikiran.


Tahun 2000

Pada bulan Jun 2000, kerja penyelenggaraan dan naik taraf kantin telah disempurnakan oleh PIBG dengan kos sebanyak RM11,600.00. Pada bulan November, penadah air (stainless steel gutter 6”x6”x4”x520 kaki) telah siap dipasang disepanjang bangunan tingkat yang tertinggi. Paip-pain 4”(u) PVC x 350 kaki turut dipasang dari tingkat tertinggike tingkat terbawah. Kedua-dua projek tersebut dilaksanakan dengan tujuan mengelakkan genting-genting bumbung jatuh bertaburan di atas lantai di samping melicinkan sistem pengaliran air ke longkang. Awning usanbg yang berhadapan kedai buku juga diganti dengan yang baru. Kos untuk membiayai projek-projek tersebut ialah RM12,947.00.

Terdapat seorang iobubapa yang namanya tidak mahu di sebut sangat bermurah hati. Beliau bersama-sama sekumpulan ibubapa sentiasa membantu pihak sekolah dengan membekalkan kerusi meja baru secara berterusan dengan percuma.

Peratus kelulusan UPSR meningkat sebanyak 10.6% manakala peratus kelulusan semua mata pelajaran UPSR melonjak ke 68.90%. Begitu juga bilangan calon yang berjaya mencapai 7A melonjak ke 40 orang. Dilapangan ko=kurikulum pula, sekolah ini telah berjaya merebut beberapa kejohanan termasuk 2 pingat emas dalam pertandingan Kejohanan Renang & Poloair MssPk, pertandingan Penyelamat Kelemasan V.S. Maniam dan pertandingan Skuasy Msspk peringkat negeri, wakil Msspk dalam pertandingan ‘skuasy di bawah umur 12 MSSM, Kejohanan Renang & Poloair MSSM peringkat Kebangsaan.

Sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan Encik Lim Leong Seng, beliau telah dianugerahkan pingat penghormatan Guru Daerah Kinta tahun 2000.


Tahun 2001

Disebabkan Father Paul Chin sakit berpanjangan maka Father Edward Woon pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus yang baru.

Tangki najis (septic tank) yang terletak di belakang kantin sekolah dan berhampiran pondok pengawak keselamatan didapati retak serta berbau busuk. Memandangkan betapa pentingnya kebersihan dan kesihatan terhadap warga pendidikan serta murid-murid, maka dengan membaiki tangki najis yang rosak itu. Lantai simen yang berdekatan pondok diperluas untuk murid-murid berehat sementara menunggu kenderaan masing-masing. Awning, kipas dan lampu turut dipasang. Kesemua projek tersebut ditanggung oleh PIBG dengan kos sebanyak RM19,353.00.

Kumpulan ibubapa atau penderma yang bermurah hati tersebut bukan setakat membekalkan kerusi meja secara percuma sahaja, bahkan sanggup membuat pemeriksaan secara terpeinci ke atas semua kipas dan lampu sekolah tanpa mengenakan sebarang pembayaran. Tambahan pula mereka mampu menggantikan alat-alat gantian eletrik secara percuma

Pada 16.7.2001, Encik Lim Bee Huat dinaikkan pangkat sebagai penolong kanan ko-kurikulum. Pada tahun ijni pencapaian kokurikulum amat menggalakkan. Piala-piala atau pingat yang dimenangi meliputi Johan keseluruhan dalam pertandingan penyelamat Kelemasan, Johan dalam pertandingan Teori Dan Praktiklak PBSM, Johan dalam perandingan Skuasy Msspk peringkat negeri, dan Johan dalam kejohanan Badminton sirkit zon utara (acara bergu dan perseorangan lelaki) peringkat kebangsaan.

Keputusan UPSR terus meningkat ke 71.55% dimana seramai 28 orang calon memperolehi 7A.


Tahun 2002.

Atas sebab kesihatan Encik Tan Mang Lee mengundurkan diri dari jawatan pengerusi PIBG. Encik Mooi Kook Wing terpilih sebagai pengerusi PIBG yang baru.

Langsir-langsir usang yang terdapat di dalam setiap bilik darjah telah digantikan dengan yang baru. Kos kesekuruhan bagi pemasangan langsir tersebut ialah RM12,00.00. PIBG yang membiayai amaun berkenaan.Pencapaian UPSR terus melonjak ke 81.54% manakala pencapaian individu turut melanjak ke 45 orang. Di bidang kokurikulum pula, sekolah ini telah beberapa kejuaraan termasuk Johan keseluruhan pertandingan PSUB peringkat negeri, Johan, Ipoh City & Country Club colouring Contest, Johan pertandingan pertolong karate anjuran Malaysia Gishinkan, Johan Karate-Do Championship North Malaysian Kumite Fee Wee Boy, pertandingan Menara anjuran Astro (‘Astro Myworld painting competition) peringkat kebangsaan.

Sebagai pengiktirafan dan penghargaan pula terhadap segala sumbangan dan jasa bakti Encik Lim Leong Seng di bidang pengurusan, beliau turut dianugerahkan gelaran PPT oleh DYMM Sultan Perak.


Tahun 2003

Pihak pentadbir sekolah telah merancang beberapa strategi bergabung tenaga dengan pihak PIBG dalam usaha merealisasikan sistem pengajaran dan pembelajarand alam konteks Sekolah Bestari. Bgai merealisasikan hasrat tersebut sebanyak 27 buah “Bilik Audio Video” dan sebuah “Makmal Komputer” telah diwujudkan. Setiap bilik darjah dipasang dengan sebuah komputer dan 2 buah peti televisyen (29”), manakala di makmal Komputer terdapat 51 buah komputer (Pentium 4). Projek tersebut menelan perbelanjaan lehih kurang RM230,000.00

Berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi 5 matapelajaran yang penting iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer menerusi tayangan kaca televisyen. Tayangan gambar yang berwarna warni beserta peneranan yang jelas membolehkan murid-murid memahami secara lebih mudah di samping kerjaya membangkitkan minat ingin sangat kehendak mempelajari sesuatu.

Program-program yang dijalankan di makmal komputer meliputi aplikasi asas penggunaan komputer, printshop, delux, surat-menyurat excel, power point, ilmu asas internet, Chinese Star dan sebagainya.

Penyelia Petang Puan Khoo Siew Ling bersara wahib pada 12.3.2003 manakala Penolong Kanan HEM, Puan Chiew Poh Yoke bersara pada 7.7.2003. Pada peringkat awal, Pn Tong Bee Im mengambil alih tugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Kemudian beliau ditukar sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada 24.11.2003 kekosongan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum diisi oleh Puan Leong Chaw Peng.

Pada tahun yang sama Pengerusi PIBG, En Mooi Kook Wing turut mengundurkan diri dari jawatannya. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Dr Lau Kok Nin.

Peratus kelulusan semua mata pelajaran UPSR kekal di tahap cemerlang iaitu 80.95%. Bilangan murid memperoleh 7A meningkat ke 49 orang.


Tahun 2004

Kipas-kipas yang sedia ada sudah langat lama dan usang. PIBG mengambil inisiatif menggantikan sekuala dengan yang baru. Bilangan kipas yang diganti semula melebihi 40 buah dengan kos termasuk upah melebihi RM5000.00

Pada tahun ini, keputusan UPSR telah memecah rekod khasnya pencapaian individu iaitu sebanyak 60 orang mendapat 7A. Di lapangan kokurikulum pula, pelbagai kejuaraan telah diperolehi di peringkat negeri. Antaranya ialah Johan dalam Kejohanan Boling Tenpin Perseorangan (Master)MSSPK, Johan dalam Kejohanan Skuasy MSSPK, Johan dalam Kejohanan Olahraga MSSPK, Johan dalam Kejohanan Akuatik & Polo Air MSSPK, Johan dalam Pertandingan MINI Art, Johan dalam pertandingan Kuiz Bahasa Inggeris, Johan dalam Pertandingan Mereka-Cipta melalui komputer.

Diperingkat Kebangsaan pula, beberapa kejuaraaan telah dimenangi. Antaranya Johan (Bergu) dalam Sport Excel-Milo MSSM Tenis, Johan (Bergu) Boling Tenpin MSSM, Johan dalam sport Excel-Milo MSSM Junior Circuit Squash. Di peringkat Antarabangsa pula sekolah ini tidak ketinggala. Koo Weng Sum telah berjaya merebut tempat pertama dalam pertandingan penulisan Bahasa Cina Sekolah-Sekolah Rendah Sedunia anjuran Negeri Cina.

Sebanyak 4 buah konputer telah disediakan disediakan di pejabat umum untuk kegunaan seluruh warga pendidik. Untuk memudahkan kerja-kerja meminjam serta mengembalikan buku-buku cerita di perpustakaan atau Pusat Sumber , sistem cara pengkomputeran telah dilaksanakan secara menyeluruh.


Tahun 2005

Di dalam Pertandingan Kuiz Sains Nasional dalam Bahasa Inggeris Peringkat Negeri yang berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 26.3.2005, pasukan peserta sekolah ini (Goh Chih-Yang, Gates Tan @ Tan Qin Ee, Tan Hong Kit) muncul sebagai Johan keseluruhan. Mereka akan mewakili Negeri Perak ke Pertandingan Peringakat Kebangsaan pada bulan Ogos, 2005 di Kuala Lumpur.

Father Edmund Woon telah ditukar keluar dan Father Michael Cheah telah mengambil alih tugasnya sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus yang baru.

Penolong Kanan 1, En Lau Ki Lin telah bersara wajib pada 30.1.2005. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Encik Lim Bee Huat. Encik Ng Keng Huat telah dilantik sebagai Penyelia Petang yang baru.

Guru Besar Encik Lim Leong Seng bersara pada 7.7.2005 dan kekosongan itu diisi oleh Guru Besar SJK (C) Poi Lam, Ipoh., En. Yap Kim Fatt. Tarikh kuatkuasa pertukaran berkenaan ialah 9.7.2005.

Pencapaian aktiviti kokurikulum yang membanggakan :

A . PERTANDINGAN KUIZ SAINS : JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Peserta : GATES TAN QIN EE , GOH CHIH YANG , TAN HONG KIT

B. PERTANDINGAN BOLA JARING : JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Peserta : KWAH JI KEAT

C.PERTANDINGAN SQUASH : JOHAN HONG KONG TERBUKA
( BAWAH 15 TAHUN )
Peserta : CHEONG KAH WAH


Sumbangan Guru Besar En. Yap Kim Fatt kepada sekolah .

AKADEMIK :
Peningkatan Kualiti dan Kuantiti Pencapaian UPSR seperti berikut :

Tahun-----Calon 7A----Lulus ABC
2005-------- 50--------- 73.0 %

2006-------- 68--------- 78.9 %

2007-------- 54 --------- 78.0 %

KOKURIKULUM :
Mencapai prestasi yang menggalakkan. Seperti
~ Bola Tampar ,Johan MSSPK Peringkat Negeri ,
~ Pertandingan Squashy , Johan Peringkat antarabangsa dan kebangsaan , Chong Kah Wah ,
~ Pertandingan Space Sains Tahap I , Johan Peringkat Kebangsaan ,
~ Pertandingan PSUB Peringkat kebangsaaan , Naib Johan (2007)
~ Pertandingan Ujian Bertulis , Tempat Ke- 5 Peringkat Kebangsaan (2007)
~ Keputusan Johan ,dan Naib Johan dalam pertandingan peringkat Daerah dan kelompok.

Pembangunan sekolah : Perhubungan di antara Guru Besar dengan Lembaga Pengurus , PIBG dan Persatuan Murid Tua dan masyarakat tempatan amat erat. Dengan semangat kerjasama telah banyak membawa kemajuan kepada sekolah .

Pada hujung tahun 2007 , projek membina dan menaiktaraf kemudahan sekolah seperti :

~ Bilik Guru Besar ( meja , kerusi , Aicond Dll )
~ Bilik Penolong kanan Tukar Meja , kerusi , Komputer Dll )
~ Bilik Guru : ( ganti aircond , meja, kerusi guru )
~ Pejabat , ( meja , kerusi , Aicond Dll )
~ Bilik Tetamu ( meja , kerusi , Aicond Dll )
~ Bilik Gerakan , ( meja , kerusi , Aicond Dll )
~ Bilik Darjah ( tambah lampu , kipas , ganti kerusi meja murid )

~ Tandas : Jubin lantai setiap Tingkat ( 4 tingkat ) , basin ditukarkan. Setiap tingkat dibekalkan
Tangki air , kini bekalan air mencukupi, setiap bilik tandas berasingan dibekalkan paip air.

~ Awning i) Dari luar bilik Guru Besar hingga ke kantin
ii) Luar pintu utama sekolah

~ Mengecat semula gelanggang bola keranjang sekolah , peruntukan dari YB Dato Ong Ka Chuan ( RM 30,000.00)

~ Kantin ( mengecat semula , menyediakan meter berasingan , air dan letrik , mendapatkan derma membeli meja dan bangku panjang )

~ Persatuan Murid Tua Sam Tet (STOBA), menyumbang kemudahan CCTV bernilai RM7,000.00

~ Kerjasama dengan SMJK Sam Tet mendapatkan derma / sumbangan demi pembangunan
kemudahan kedua-dua sekolah

En Yap Kim Fatt ditukarkan sebagai Guru Besar SJK(C) Bercham mulai dari 1hb. Mei.2008.






0 评论:

发表评论