2010年3月31日星期三

Peraturan-Peraturan Sekolah

A. LARANGAN

1.Murid tidak dibenarkan membawa senjata atau sebarang alat yang merbahaya ke sekolah.

2.Tidak boleh mengancam, memeras ugut, berkelahi, mencuri dan menipu.

3.Tidak boleh menghisap rokok, menyalahgunakan dadah dan minum minuman yang memabukkan.

4.Tidak boleh merosakkan harta-benda sekolah.

5.Tidak boleh melanggar undang-undang dan peraturan sekolah.

B. PAKAIAN

1.Murid mesti memaki pakaian sekolah atua pakaian seragam pasukan semasa di sekolah samada belajar atua menyertai aktiviti sekolah.

2.Pakaian Sekolah : Kemeja putih berlengan pendek, seluar pendek berwarna biru tua, kasut dan sarung kaki putih.

3.Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas saku baju kiri, nama murid harus dilekatkan di atas saku baju.

4.Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

5.Baju T sekolah hanya dipakai semasa waktu Pendidikan Jasmani.

C. RAMBUT

1.Murid tidak dibenarkan berambut panjang.

2.Rambut hendaklah sentiasa bersih dan disikat kemas. Gunting rambut jika panjang.

D. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

1.Murid tidak dibenarkan berkuku panjang.

2.Murid yang sakit, terutamanya sakit berjangkit tidak dibenarkan datang ke sekolah.

3.Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata tempat, sama ada di sekitar sekolah, bilik darjah, kantin atau tandas. Sampah sarap hendaklah dibuang ke tong sampah.

4.Tidak boleh meludah sesuka hati di merata tempat.

5.Murid haruslah menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya.

6.Basuh tangan selepas menggunakan tandas. Bersihkan tandas selepas menggunakannya.

7.Jagalah kebersihan diri dan sekolah.

E. WAKTU SEKOLAH

1.Murid dikehendaki berada di sekolah sebelum waktu persekolahan bermula. Murid tidak dibenarkan datang lewat, atau balik awal sesuka hati.

2.Murid hanya boleh meninggalkan kawasan sekolah jika
dibenar oleh guru. Ibu bapa hendaklah mendaftar
diri di pejabat sebelum membawa murid itu keluar.

3.Sebelum masuk atau keluar dari bilik darjah, murid mesti berbaris mengikut kelas berlebih dahulu. Semasa berbaris, murid tidak dibenarkan berbual atau menggangu orang lain.

4.Jika murid tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu, misalnya kesakitan dsbg, ibu bapa / penjaga mesti menyerahkan surat, sijil sakit dan menelefon pihak sekolah dengan segera.

F. SEMASA DI BILIK DARJAH / SEKOLAH

1.Murid dikehendaki menghormati guru-guru, bermesra dengna rakan sekolah dan melatih diri supaya bersikap jujur, ikhlas, taat setia dan cintai sekolah.

2.Semasa belajar, murid tidak boleh membuat bising atua mengganggu ketenteraman orang lain.

3.Angkat tangan untuk mendapat kebenaran guru sebelum betanya / menjawab soalan.

4.Murid tidak dibenarkan berjalan-jalan / bermain / membuat bising dengan sesuka hati di dalam bilik darjah.

5.Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan dan menyerah kepada guru berkenaan dlam tmepoh yang ditetapkan.

6.Jagalah keberishan bilik darjah. Murid dikehendaki menjalankan tugas kebersihan kelas.

7.Jagalah harta benda sekolah.

8.Murid dilarang menulis / menconteng papan hitam, dinding, tandas sekolah.

9.Murid dikehendaki memakai pas darjah dan mendapat kebenaran guru sebelum keluar dari bilik darjah.

10.Pastikan kipas, lampu, air ditutup jika tidak memerlukannya.

11.Murid dilarang membawa sebarang barang yang tidak berkaitan dengan pembelajaran ke sekolah, misalnya : buku komit, permainan dsbg.

12.Murid dilarang menjual sebarang barangan atua makanana di sekolah.

G. PERTUTURAN DAN KELAKUAN

1.Murid hanya dibenarkan bertutur dalam Bahasa Cina, Bahasa Melaysia dan Bahasa Inggeris sahaja. Bahasa loghat dilarangkan.

2.Bahasa lucah, kesat, menghasut serta mengejak dilarangkan. Murid dikehendaki bercakap dengan sopan santun.

3.Murid dikehendaki berkelakuan jujur dan ikhlas dalam setiap masa sama ada dalam percakapan, pelajran atau permainan. Misalnya, barang-barang hilang yang dijumpai, diserahkan kepada guru dengan segera, tidak bohong dsbg.

4.Amalkan falsafah sekolah iaitu Kesetian, Kejujuran, Kerajinan, dan Berjimat Cermat.

5.Amalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama, keturunan, dan taraf hidup.

H. KESELAMATAN JALAN RAYA

1.Patuhilah undang-undang jalan raya.

2.Berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.

3.Murid dilarang bermain / berkejar-kejar semasa menunggu kenderaan di kawasan sekolah.

4.Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau menaikinya.

5.Beratur sebelum menaiki atau menurun bas. Jangan rebut atua tolak-menolak.

I. TAAT SETIA KEPADA NEGARA DAN
CINTAI SEKOLAH

1.Murid hendaklah bertaat setia kepada Negara kita, Malaysia dan menghormati pemimpin-pemimpin negara, pemimpin-peminpin negeri dan tempatan.

2.Murid hendaklah menghormati Bendera Negara, Bendera Negeri, Lagu Negara, Lagu Negeri, dan lain-lain lambang-lambang negara dan negeri.

3.Murid hendaklah bertaat setia kepada sekolah ini, dan menghormati guru besar, guru-guru.

4.Murid hendaklah menghormati Bendera Sekolah, Lagu Sekolah, dan Lencana Sekolah.

J. KETUA DARJAH, PENGAWAS

1.Ketua darjah, pengawas sekolah adalah murid-murid yang dilantik oleh guru-guru untuk membantu guru-guru menjaga disiplin sekolah. Murid hendaklah menghormati mereka.

2.Patuhilah arahan ketua darjah semasa di bilik darjah. Patuhilah arahan pengawas semasa di kawasan sekolah.

3.Jikalau murid hadapi sebarang masalah, huhungilah ketua darjah, pengawas, guru atua guru besar dengan segera.

K. HUKUMAN DAN TINDAKAN TATATERTIB

Hukuman dan tindakan tatatertib berikut akan diambil jikalau murid melanggar undang-undang, peraturan sekolah:-

1.Nasihat/ Amaran secara lisan oleh ketua darjah / pengawas / guru / guru penolong kanan / guru besar.

2.Pihak sekolah bertemuduga dengan ibu bapa / penjaga.

3.Amaran secara bertulis.

4.Dirotan oleh guru besar atau wakilnya.

5.Hukuman ganti rugi.

6.Dibuang sekolah

7.Lapor kepada pihak polis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

1.Fahamilah peraturan-peraturan sekolah semoga ibu bapa boleh menggalakkan, membantu anak mematuhi peraturan-peraturan sekolah.

2.Jikalau anak tidak dapat hadir ke sekolah, hubungilah sekolah dengan segera, dan serahkan surat, sijil sakit keesokan hari.

3.Ambil tahu hal ehwal anak anda di sekolah. Pastikan anak anda selesaikan kerja rumah setiap hari sebelum ke sekolah.

4.Jagailah kebersihan badan, rambut, kuku anak anda, agar dia sentiasa kelihatn bersih dan segar.

5.Tuliskan nama, kelas dan no. kelas anak di atas buku, beg, dompet, takung air / makanan anak anda.

6.Jangan bawa balik anak anda tanpa kebenaran guru. Ibu bapa / penjaga dikehendaki merekod di pejabat sekolah sebelum membawa anak anda keluar dari sekolah.

7.Jangan letak kereta di kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

8.Untuk keselamatan anak, patuhilah peraturan keselamatan sekolah.

0 评论:

发表评论